Monday, October 31, 2011

Lima Tonggak P n P Matematik

Lima Tonggak Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik

Kredit to : eida wahida (klik pada nama untuk paparan sebenar)

Pengertian Matematik

APA ITU MATEMATIK ? Ini adalah satu soalan yang penting dan memerlukan jawaban yang jitu dan terperinci. Matematik dapat didefinisikan dalam pelbagai cara.
Berikut adalah beberapa pengertian bagi Matematik :

 “Matematik adalah pengkajian tentang corak/pola.”

 “Matematik adalah pengkajian tentang perhubungan / perkaitan.”

 “Matematik adalah suatu bahasa”

 “Matematik adalah suatu kajian seni”


 “Matematik adalah berkaitan dengan aritmetik, algebra, trigonometri,
kalkulus dan sebagainya.”

 “Matematik adalah satu cara berfikir.”

 “Matematik adalah alat / rekreasi dalam kehidupan harian.”


Januari - mei 2012

PPG Semester 2


klik gambar untuk besarkan

Takwim Persekolahan 2012

TakwimPenggalPersekolahan2012

Sumber : copy paste

Sunday, October 30, 2011

tahniah

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan atas kejayaan menumpaskan pasukan Terengganu dalam kancah Piala Malaysia. Semangat kesukanan yang tinggi dan kesungguhan serta semangat berpasukan yang ditunjukkan pasukan tersebut diharap dapat menyuntik semangat kepada pasukan-pasukan yang lain agar lapangan bola sepak negara kita menjadi segah-gah lapangan bola sepak antarabangsa. Majulah sukan untuk negara.

Apapun bola itu bulat dan kadang-kadang padang tidak rata. Sesiapa sahaja boleh menang.Tahniah diucapkan sekali lagi kepada pasukan "hoben jang hoben..

Nota NCTM

Saturday, October 29, 2011

Macam Di KK

Saya bukan bercerita tentang lagu Macam Di KK tapi sebenarnya saya sudah berjaya menjadikan gambar tersebut mengikut seperti saranan Tutorial (link) Image Magnify. Wah saya yang baru cuba-cuba berblog ne menjadi teruja. Lihatlah hasilnya (klik pada gambar) dan klik pada butang play di tengah - tengah.
P/s - apapun lagu "Macam Di KK " tu best....)




                                  

Berjaya.. thank Tutorial

Nota KSSR dan Linus

PROGRAM LINUS

Ministery Key Performance Indicators (MPKI) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012. Pembentangan konsep NKRA kepada YAB Menteri Pelajaran pada 10 Ogos 2009 memutuskan bagi mencapai MPKI 2, kemahiran guru dalam melaksanakan pemulihan dan bimbingan untuk mencapai literasi dan numerasi perlu ditingkatkan. LINUS mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di semua sekolah rendah (Kohort Pertama). Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah. Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah dipertanggungjawabkan memberi latihan kepada guru dengan kerjasama semua Jabatan Pelajaran Negeri melalui Bidang Matematik dan Bidang Bahasa Melayu di Sektor Pengurusan Akademik.

Antara objektif pelaksanaan linus ialah

Friday, October 28, 2011

Intro


Saya baru belajar berblogging. sila beri tunjuk ajar.terima kasih.